Cutt

Notis privasi

Dikemas kini 23 Oktober 2026

Notis ini menerangkan data peribadi yang kami kumpul melalui Cutt, kenapa kami perlukannya dan apa hak anda di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010. Notis ini ada dalam Bahasa Melayu dan English.

Penjual
Cutt
Emel
admin@cutt.my

1. Siapa kami

Cutt ialah pihak yang bertanggungjawab atas data peribadi yang dikumpul melalui laman ini (maklumat penjual di atas). Untuk apa-apa pertanyaan tentang data anda, emel admin@cutt.my.

2. Data yang kami kumpul

  • Emel: untuk log masuk, menghantar akses dan mengikat lesen kepada anda.
  • Pesanan: nama, emel, no. telefon (pilihan), resit bayaran, kod affiliate (jika ada) dan alamat IP semasa pesanan dibuat.
  • Connector: nama aplikasi Claude yang disambungkan, masa sambungan, dan rekod gaya atau panduan yang Claude minta. Kami TIDAK menerima video atau perbualan Claude anda.
  • Affiliate: nama, butiran akaun bank (disimpan bersulit) dan rekod persetujuan terma (termasuk alamat IP).
  • Log pelayan: alamat IP, halaman yang diminta dan masa, untuk keselamatan dan had cubaan.
  • Senarai minat: emel, bila anda minta dimaklumkan tentang pakej baharu.

Emel wajib untuk membeli dan log masuk; tanpanya kami tidak dapat menghantar akses. No. telefon adalah pilihan.

3. Kenapa kami gunakannya

  • Menghantar kod log masuk, emel akses dan makluman pesanan.
  • Mengesahkan bayaran dan menyimpan rekod jualan.
  • Mengehadkan lesen kepada akaun Claude yang dibenarkan dan mengesan penyalahgunaan.
  • Mengira dan membayar komisen affiliate.
  • Menjawab pertanyaan sokongan.

Kami tidak menjual data anda dan tidak menghantar emel pemasaran tanpa persetujuan anda.

4. Siapa yang menerima data

  • Purelymail: menghantar emel kami.
  • Cloudflare: rangkaian yang melayan laman ini.
  • Gateway pembayaran: bila anda bayar dalam talian, butiran bayaran dimasukkan terus di halaman gateway. Kami tidak menerima nombor kad atau maklumat log masuk bank anda.
  • Anthropic: connector berjalan di dalam Claude, jadi perbualan dan video anda diproses oleh Anthropic di bawah polisi privasi Anthropic sendiri.
  • Pihak berkuasa, hanya bila dikehendaki oleh undang-undang.

Sebahagian pembekal ini memproses data di luar Malaysia.

5. Kuki

Kami guna kuki yang perlu sahaja: sesi log masuk, pilihan bahasa, pilihan tema, dan kod rujukan affiliate (disimpan 30 hari bila anda tiba melalui pautan affiliate). Tiada kuki iklan atau analitik pihak ketiga.

6. Keselamatan dan tempoh simpanan

Semua sambungan melalui HTTPS. Resit hanya dilihat oleh admin, butiran bank affiliate disimpan bersulit, dan panel admin dilindungi kod pengesahan dua langkah.

Kod log masuk dibuang selepas sehari, sesi yang tamat dibuang, dan token connector dibuang 30 hari selepas tamat, dan log penghantaran emel (alamat + jenis emel, tanpa isi) dibuang selepas 90 hari. Log pelayan dipusing secara automatik mengikut saiz dan tidak disimpan dalam backup. Rekod pesanan dan resit disimpan selagi diperlukan untuk rekod perakaunan, cukai dan pertikaian bayaran.

7. Hak anda

  • Akses: muat turun salinan data akaun anda di halaman Akaun, atau emel kami.
  • Pembetulan: emel kami untuk membetulkan data yang salah.
  • Tarik balik persetujuan: contohnya paparan nama pertama anda sebagai pembeli baru, atau senarai minat.
  • Padam: minta akaun anda dipadam. Rekod jualan yang wajib disimpan mengikut undang-undang akan dikekalkan.

Emel admin@cutt.my dari alamat akaun anda. Kami jawab dalam 21 hari.

8. Perubahan notis ini

Bila notis ini berubah, tarikh di atas dikemas kini. Perubahan penting akan dimaklumkan di laman ini.

Terma jualan