Terma jualan
Dikemas kini 23 Oktober 2026
Sila baca terma ini sebelum membeli. Dengan membuat pesanan, anda bersetuju dengan terma ini.
- Penjual
- Cutt
- Emel
- admin@cutt.my
1. Apa yang anda beli
Lesen peribadi untuk connector Cutt dalam Claude: gaya edit dan panduan yang Claude baca semasa mengedit video talking-head anda, termasuk gaya baharu yang diterbitkan untuk pelan anda. Video diedit oleh Claude dalam akaun anda sendiri; Cutt tidak menerima atau menyimpan video anda.
2. Apa yang anda perlukan
Akaun Claude anda sendiri (Free, Pro atau Max) dengan code execution dihidupkan. Langganan Claude dibayar kepada Anthropic secara berasingan dan bukan sebahagian daripada pembelian ini. Hasil edit bergantung pada Claude, termasuk had penggunaan dan perubahan yang dibuat oleh Anthropic.
3. Harga dan bayaran
Harga dalam Ringgit Malaysia dan dipapar di halaman beli sebelum anda membayar. Harga pelancaran naik mengikut bilangan pesanan yang sudah dibayar; harga anda dikunci semasa pesanan dibuat. Tempahan yang belum dibayar menahan harganya selama 72 jam; selepas itu jumlahnya dikemas kini ke harga semasa dan dipapar kepada anda sebelum anda membayar.
4. Penghantaran akses
Akses aktif selepas bayaran disahkan. Bayaran QR disemak secara manual; bayaran melalui gateway disahkan secara automatik. Emel akses dihantar ke alamat emel pesanan, dan anda log masuk dengan kod yang dihantar ke emel yang sama.
5. Penggunaan lesen
Satu lesen untuk 1 akaun Claude. Lesen untuk kegunaan anda sendiri: jangan kongsi log masuk, jual semula, atau salin dan terbitkan gaya dan panduan. Setiap kandungan membawa cap lesen anda. Lesen yang disalah guna boleh digantung atau ditarik, dan sambungan Claude diputuskan serta-merta.
6. Tiada refund
Semua jualan muktamad dan tiada bayaran balik selepas pembelian. Lihat setiap gaya dan cara guna di laman ini sebelum membeli, dan emel kami jika ada soalan. Ini tidak menjejaskan hak anda yang tidak boleh dikecualikan di bawah undang-undang Malaysia.
7. Kemas kini dan ketersediaan
Kami terus menambah baik gaya dan panduan, dan kemas kini masuk sendiri tanpa bayaran tambahan untuk pelan anda. Perkhidmatan mungkin terganggu sekejap untuk penyelenggaraan.
8. Affiliate
Program affiliate tertakluk kepada terma affiliate yang berasingan, yang anda baca dan setuju semasa mendaftar.
9. Undang-undang dan aduan
Terma ini ditadbir oleh undang-undang Malaysia. Untuk pertanyaan atau aduan, emel admin@cutt.my. Bila terma ini berubah, tarikh di atas dikemas kini; perubahan tidak mengurangkan apa yang sudah anda beli.